TATAPAN PEMBUKA KATA

INFOMASI TERKINI RAWATAN DADAH OPIATE : HEROINE, MORPHINE, CODEIN (UBAT BATUK), DAUN KETUM
PIL-PIL KHAYAL : ERAMINE 5, DOMICUM, EXTACY, PIL KUDA, WY
KETAMINE ,ICE ATAU SYABU, GANJA, ROKOK DAN ALKOHOL

Apa itu?

Klinik Terapi Methadone / Buprex (<---klik ) untuk ketagihan Heroine dan opiat.

• Detoksifikasi Pil Khayal termasuk Dormicum, Eramine5, Pil Kuda dan lain-lain

• Rawatan ketagihan Alkohol, Syabu ( ICE) dan Ketamine

• Pusat Rehabilitasi sementara kes-kes ketidakstabilan mental akibat ketagihan serius dan kronik

• Sesi Percuma Kongsian Masalah dan Kaunseling

Apa itu "Penyalahgunaan Methamphetamine (Syabu)?

Methamphetamine atau syabu adalah dadah perangsang, pertama kalinya dicipta pada tahun 1893 di Jepun. Pada perang dunia kedua telah digunakan secara umum oleh tentera-tentera Jerman, Amerika dan Jepun sebagai penggalak tenaga dan ketahanan fizikal di dalam peperangan. Selepas perang dunia kedua ,tentera Jepun telah secara berleluasa mengedar jenis dadah ini kepada orang awam. Justeru mencetuskan permulaan penyalahgunaannya di kalangan penduduk awam. Ketagihan Methamphetamine memang telah dikenalpasti sejak dulu. Sepanjang penyalahgunaannya telah diberikan berbagai jenis nama seperti ICE, SYABU, SPEED, METH, YABA, CRANK, ICE BABY, HOT ICE, dan lain-lain.

Bagaimana mengenal mereka yang mengambil Methamphetamine?
Pengambilan syabu memberikan peningkatan libido yang mengakibatkan peningkatan nafsu syahwat yang mendadak dan berpanjangan.
Peningkatan di dalam tenaga fizikal serta kurang
selera makan.
Kesan Psikologi

•Euphoria – keterujaan tahap emosi dan pemikiran kearah rasa gembira dan kemuncak kepuasan

•Paranoia – Proses pemikiran tanpa rasional yang dilihatkan sebagai mempunyai rasa ketakutan dan kerisauanmelampau atas satu-satu sangkaan tanpa asas yang dipercayai membawa bahaya.

•Gangguan "Mood"

•Tingkahlaku ganas

•Rasa kerisauan tanpa sebab(anxiety)

•Lekas meradang (irritability)

Jika diambil dengan dos tinggi akan mengakibatkan sifat lekas meradang, agresif, kerisauan yang melampau, halusinasi dan paranoid disertai delusi dan psikosis.

Pengguna syabu cenderung menjadi liar dan ganas. Gangguan perasaan boleh berlaku secara tiba-tiba pengguna boleh bertukar dari sifat penyayang kepada ganas sekelip mata. Paranoia yang terhasil dari kesan syabu, mengakibatkan pengguna sentiasa menyangka buruk tanpa asas, kelakuan hyperaktif dan perubahan mood.

Apa itu Penyalahgunaan Ketamin?
Sejarah

Ketamine dicipta oleh Dr. Craig Newlands dari Wayne State University. Dicipta sebagai ubat bius sewaktu Pembedahan dijalankan. Pada awalnya digunakan oleh askar-askar Amerika semasa peperangan Vietnam dan berterusan digunakan sehingga sekarang.Penyalahgunaannya amat membimbangkan Kerana potensi gangguan psikotropiknya. Ianya juga digunakan oleh doktor-doktor haiwan.

Teknik Mengguna

Ketamine dijual sama ada di dalam bentuk cecair atau debu. Di dalam bentuk debu, ianya kelihatan seolah-olah seperti Kokain, Yang digunakan melalui kaedah Snort (sedutan), jarum suntikan dan kemungkinan ditambah dalam minuman. Ada kemungkinan juga ianya dihisap dengan campuran ganja (marijuana) dan tembakau menggunakan paip.

Kesan-kesan psikologi

Pengambilan Ketamine menghasilkan kesan serupa seperti Dextrometorphan (sejenis ubat batuk). Kesan khayal Halusinasinya akan berterusan selama sejam jika disedut (Snort) dan sehingga 2 jam jika ditelan.Apabila dos yang rendah diambil , kesan halusinasi hanya dirasai di dalam bilik gelap dengan mata tertutup. Tetapi berlainan pula jika dos yang digunakan lebih tinggi, yang mana kesan halusinasinya adalah lebih kuat dan nyata.

Ketamine menghasilkan kesan yang dirasakan seperti “roh meninggalkan jasad”. Pengalaman orang yang menyalahgunakan ketamine menyatakan bahawa seolah-olah dirinya terkeluar dari jasad lantas terapung-apung di dalam dunia khayalannya. Ada di antara mereka yang merasakan seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi, khayalan perasaan kuasa psikik berhubung dengan pengguna ketamine yang lain

dan pengalaman bertemu tuhan dalam bentuk halusinasi. Dos yang tinggi selalu menghasilkan kesan psikologi yang mendalam, yang disifatkan sebagai Lohong-K (K -Hole). – suatu kesan psikologi yang bersamaan dengan fenomena schizophrenia. Pada tahap ini mereka akan merasakan yang dunia nyata ini menjadi semakin jauh dan tenggelam di dalam lohong-K tersebut dan pemikiran hanya ditumpu kepada persepsinya yang baru. Kerap kali pengalaman ini luput setelah pengguna sedar ke alam nyata serupa seperti mana seorang yang lupa akan mimpi yang dialaminya. Gangguan memori ini bukan sahaja untuk pengalaman kesan khayal tetapi berterusan walaupun setelah sedar. Kerapkali penagih akan lupa akan identiti diri sendiri. Mereka juga lupa yang mereka adalah seorang manusia atau lupa apa maknanya manusia itu. Pergerakan fizikal selalunya amat sukar sehinggakan tahap yang mereka tidak sedar yang mereka mempunyai tubuh badan.

Kesan-kesan lain termasuk:

•Rasa mengantuk / pening •Keliru •Muntah-muntah •Panik •Mood yang tidak menentu •Tingkahlaku pelik dan tidak boleh dijangka

Monday, February 1, 2010

PROGRAM "JOM RAYA 2009"













Walaupun hampir setengah tahun berlalu, inilah pengalaman pertama saya bersama peserta-peserta di dalam pemulihan pada hari raya Aidilfitri 2009. Program "Jom Raya" adalah inisiatif kami untuk menghampirkan diri dengan peserta-peserta pemulihan.
"Sampah masyarakat - memang telah menjadi suatu label kepada penagih-penagih dadah. Namun setelah mendalami hati budi peserta-peserta program, melalui kaedah pemulihan yang terancang, jiwa mereka sebenarnya dahagakan perhatian dari masyarakat yang prihatin. Label "sampah" bukanlah untuk mereka yang mahu pulih. Semoga saya menjadi salah seorang dari masyarakat prihatin itu.
Dalam suasana kegembiraan ini, secara peribadi terselit juga rasa sebak dan syahdu. Kerana ada juga terselit antara peserta-peserta ini yang telah dibuang keluarga...lantas kamilah yang menjadi keluarga buat mereka.
Wahai tuhan, semoga niat saya ini mendapat perhatian dari rahmatmu...Amiin


Share it