TATAPAN PEMBUKA KATA

INFOMASI TERKINI RAWATAN DADAH OPIATE : HEROINE, MORPHINE, CODEIN (UBAT BATUK), DAUN KETUM
PIL-PIL KHAYAL : ERAMINE 5, DOMICUM, EXTACY, PIL KUDA, WY
KETAMINE ,ICE ATAU SYABU, GANJA, ROKOK DAN ALKOHOL

Apa itu?

Klinik Terapi Methadone / Buprex (<---klik ) untuk ketagihan Heroine dan opiat.

• Detoksifikasi Pil Khayal termasuk Dormicum, Eramine5, Pil Kuda dan lain-lain

• Rawatan ketagihan Alkohol, Syabu ( ICE) dan Ketamine

• Pusat Rehabilitasi sementara kes-kes ketidakstabilan mental akibat ketagihan serius dan kronik

• Sesi Percuma Kongsian Masalah dan Kaunseling

Apa itu "Penyalahgunaan Methamphetamine (Syabu)?

Methamphetamine atau syabu adalah dadah perangsang, pertama kalinya dicipta pada tahun 1893 di Jepun. Pada perang dunia kedua telah digunakan secara umum oleh tentera-tentera Jerman, Amerika dan Jepun sebagai penggalak tenaga dan ketahanan fizikal di dalam peperangan. Selepas perang dunia kedua ,tentera Jepun telah secara berleluasa mengedar jenis dadah ini kepada orang awam. Justeru mencetuskan permulaan penyalahgunaannya di kalangan penduduk awam. Ketagihan Methamphetamine memang telah dikenalpasti sejak dulu. Sepanjang penyalahgunaannya telah diberikan berbagai jenis nama seperti ICE, SYABU, SPEED, METH, YABA, CRANK, ICE BABY, HOT ICE, dan lain-lain.

Bagaimana mengenal mereka yang mengambil Methamphetamine?
Pengambilan syabu memberikan peningkatan libido yang mengakibatkan peningkatan nafsu syahwat yang mendadak dan berpanjangan.
Peningkatan di dalam tenaga fizikal serta kurang
selera makan.
Kesan Psikologi

•Euphoria – keterujaan tahap emosi dan pemikiran kearah rasa gembira dan kemuncak kepuasan

•Paranoia – Proses pemikiran tanpa rasional yang dilihatkan sebagai mempunyai rasa ketakutan dan kerisauanmelampau atas satu-satu sangkaan tanpa asas yang dipercayai membawa bahaya.

•Gangguan "Mood"

•Tingkahlaku ganas

•Rasa kerisauan tanpa sebab(anxiety)

•Lekas meradang (irritability)

Jika diambil dengan dos tinggi akan mengakibatkan sifat lekas meradang, agresif, kerisauan yang melampau, halusinasi dan paranoid disertai delusi dan psikosis.

Pengguna syabu cenderung menjadi liar dan ganas. Gangguan perasaan boleh berlaku secara tiba-tiba pengguna boleh bertukar dari sifat penyayang kepada ganas sekelip mata. Paranoia yang terhasil dari kesan syabu, mengakibatkan pengguna sentiasa menyangka buruk tanpa asas, kelakuan hyperaktif dan perubahan mood.

Apa itu Penyalahgunaan Ketamin?
Sejarah

Ketamine dicipta oleh Dr. Craig Newlands dari Wayne State University. Dicipta sebagai ubat bius sewaktu Pembedahan dijalankan. Pada awalnya digunakan oleh askar-askar Amerika semasa peperangan Vietnam dan berterusan digunakan sehingga sekarang.Penyalahgunaannya amat membimbangkan Kerana potensi gangguan psikotropiknya. Ianya juga digunakan oleh doktor-doktor haiwan.

Teknik Mengguna

Ketamine dijual sama ada di dalam bentuk cecair atau debu. Di dalam bentuk debu, ianya kelihatan seolah-olah seperti Kokain, Yang digunakan melalui kaedah Snort (sedutan), jarum suntikan dan kemungkinan ditambah dalam minuman. Ada kemungkinan juga ianya dihisap dengan campuran ganja (marijuana) dan tembakau menggunakan paip.

Kesan-kesan psikologi

Pengambilan Ketamine menghasilkan kesan serupa seperti Dextrometorphan (sejenis ubat batuk). Kesan khayal Halusinasinya akan berterusan selama sejam jika disedut (Snort) dan sehingga 2 jam jika ditelan.Apabila dos yang rendah diambil , kesan halusinasi hanya dirasai di dalam bilik gelap dengan mata tertutup. Tetapi berlainan pula jika dos yang digunakan lebih tinggi, yang mana kesan halusinasinya adalah lebih kuat dan nyata.

Ketamine menghasilkan kesan yang dirasakan seperti “roh meninggalkan jasad”. Pengalaman orang yang menyalahgunakan ketamine menyatakan bahawa seolah-olah dirinya terkeluar dari jasad lantas terapung-apung di dalam dunia khayalannya. Ada di antara mereka yang merasakan seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi, khayalan perasaan kuasa psikik berhubung dengan pengguna ketamine yang lain

dan pengalaman bertemu tuhan dalam bentuk halusinasi. Dos yang tinggi selalu menghasilkan kesan psikologi yang mendalam, yang disifatkan sebagai Lohong-K (K -Hole). – suatu kesan psikologi yang bersamaan dengan fenomena schizophrenia. Pada tahap ini mereka akan merasakan yang dunia nyata ini menjadi semakin jauh dan tenggelam di dalam lohong-K tersebut dan pemikiran hanya ditumpu kepada persepsinya yang baru. Kerap kali pengalaman ini luput setelah pengguna sedar ke alam nyata serupa seperti mana seorang yang lupa akan mimpi yang dialaminya. Gangguan memori ini bukan sahaja untuk pengalaman kesan khayal tetapi berterusan walaupun setelah sedar. Kerapkali penagih akan lupa akan identiti diri sendiri. Mereka juga lupa yang mereka adalah seorang manusia atau lupa apa maknanya manusia itu. Pergerakan fizikal selalunya amat sukar sehinggakan tahap yang mereka tidak sedar yang mereka mempunyai tubuh badan.

Kesan-kesan lain termasuk:

•Rasa mengantuk / pening •Keliru •Muntah-muntah •Panik •Mood yang tidak menentu •Tingkahlaku pelik dan tidak boleh dijangka

Tuesday, October 16, 2012

Jamuan hari raya 2012

Seperti biasa, jamuan hari raya tahun ini (2012) nampaknya tidak kurang meriahnya. Dengan inisiatif staf-staf  yang lain kami juga menambah lagi beberapa acara-acara yang meriah berbanding dengan jamuan pada tahun-tahun yang lepas.




Acara "Membina Menara Gading" - ialah acara berkumpulan untuk memupuk semangat setiakawan. Binaan tertinggi yang dapat dibina (daripada straw-straw minuman bersama tiga peserta untuk satu kumpulan) akan dikira sebagai pemenang. Hadiah-hadiah juga telah diberi kepada pemenang cabutan bertuah.

Tuesday, July 6, 2010

Sesi "sharing moments" akan diadakan setiap minggu

Bermula bulan Julai, sesi "sharing moments" akan diadakan pada setiap minggu hari RABU bermula pada pukul 8 malam.

Program setiap rabu telah diaturkan dengan aturcara seperti di bawah:

7.00 petang - peserta berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Waktu maghrib - sembahyang berjemaah dan santapan rohani

8.00 malam - sesi "sharing moment: bersama pembimbing rakan : En Raja Suhaimi / En Faizal/En Jalal

9.00 malam - jamuan ringan

9.30 malam - mesyuarat aktiviti ahli Kelab (jika perlu) dibimbing oleh En. Zulzaidee sebagai pengerusi

Tuesday, June 1, 2010

JADUAL SESI (SHARING MOMENT) UNTUK JUN 2010

Sebagai yang telah dijadualkan untuk bulan Jun 2010, sesi kaunseling, "sharing moment" dan kelas kemahiran di dalam pemulihan akan diadakan pada tarikh di bawah:

9 Jun 2010
Kelolaan Abang Faizal bertajuk "Mengenali jenis-jenis "trigger" dan cara mengelakkannya

23 Jun 2010
Kelolaan dari Abang Jalal bertajuk "Relapse dan pencegahannya"

Monday, March 15, 2010

Bermesra bersama Abang Faizal setiap Rabu 8 Malam













Abang Faizal dan Abang Jalal memang telah dikenali ramai, dari muka-muka akhbar sehinggalah ke siaran langsung TV3, RTM 1 dan 2 sebagai pembimbing rakan sebaya yang berjaya. Ramai dari kalangan peserta pemulihan amat menyenangi kehadiran beliau sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dan seterusnya berkongsi masalah-masalah yang timbul di sepanjang proses pemulihan dijalankan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa warga peserta di peringkat awal pemulihan memerlukan jawapan bagi beribu pertanyaan yang bermain di minda untuk rawatan mereka. Lebih-lebih lagi apabila mereka berada di dalam konflik pemikiran sama ada untuk menjadi seorang penagih najis dadah atau memilih menjadi peserta yang telah pulih. Waktu kritikal inilah yang menentukan sama ada mereka akan terus berjaya sebagai seorang manusia berguna dan disanjung atau berterusan menjadi bangkai bernyawa.


Di sinilah Abang Faizal dan Abang Jalal memainkan peranannya yang berkesan dalam membimbing para-para peserta di dalam memecahkan kebuntuan pemikiran peserta-peserta program. Oleh itu diadakan dengan tetap pada setiap 2 minggu program yang dikenali sebagai "Program Mesra bersama Abang Faizal-Jalal". Memandangkan kemahiran Abang Faizal menguasai 8 jenis bahasa antarabangsa maka program ini bukan sahaja diadakan di dalam bahasa malaysia , bahkan merangkumi bahasa Tamil, Cina dan Inggeris (mengikut bahasa yang disenangi oleh peserta).


Sejak program ini diadakan, banyak manfaat diperolehi oleh para peserta. Antara lain peserta program dapat:


1. Meluahkan perasaan atau masalah yang terpendam. Di mana kebanyakan daripada masalah ini hanya dapat terima dan difahami oleh golongan yang senasib.


2. Input tentang kaedah rawatan menggunakan penawar gantian methadone dan buprex atau ubat-ubatan pakar yang lain.


3. Menyelesaikan kemelut perselisihan faham antara peserta dan keluarga.


4. Memperkuatkan ketahanan mental dan semangat untuk melawan godaan khayal (stim) dadah.


5. Menimbulkan daya saing dan motivasi diri dengan merujuk kepada peserta yang berjaya pulih.


6.Menghayati konsep dan prinsip 12 langkah dengan jitu dan mendalam.


7. Sebagai pengantara untuk menyampaikan saranan atau arahan profesional dalam perubatan kepada peserta.


8. Tempat bermesyuarat aktiviti untuk Pertubuhan Kelab Bekas Penagih di bawah kelolaan Pusat Rawatan Pakar Dr Mahmud.


Disebabkan banyak manfaat yang diperolehi melalui Program Mesra bersama Abang Faizal-Jalal ini, kebanyakan ahli keluarga juga telah melapangkan masa untuk bersama-sama menyertai program ini yang diadakan di ruangan Psikososial pada setiap 2 minggu hari Rabu ( 8.30 malam).












Monday, February 1, 2010

PROGRAM "JOM RAYA 2009"













Walaupun hampir setengah tahun berlalu, inilah pengalaman pertama saya bersama peserta-peserta di dalam pemulihan pada hari raya Aidilfitri 2009. Program "Jom Raya" adalah inisiatif kami untuk menghampirkan diri dengan peserta-peserta pemulihan.
"Sampah masyarakat - memang telah menjadi suatu label kepada penagih-penagih dadah. Namun setelah mendalami hati budi peserta-peserta program, melalui kaedah pemulihan yang terancang, jiwa mereka sebenarnya dahagakan perhatian dari masyarakat yang prihatin. Label "sampah" bukanlah untuk mereka yang mahu pulih. Semoga saya menjadi salah seorang dari masyarakat prihatin itu.
Dalam suasana kegembiraan ini, secara peribadi terselit juga rasa sebak dan syahdu. Kerana ada juga terselit antara peserta-peserta ini yang telah dibuang keluarga...lantas kamilah yang menjadi keluarga buat mereka.
Wahai tuhan, semoga niat saya ini mendapat perhatian dari rahmatmu...Amiin


Saturday, January 9, 2010

Penyertaan di dalam Program antarabangsa The Colombo Plan
















4th Asian Recovery Symposium 9th to 12 November 2009 (The Legend Hotel)



Nama saya Siti Norlela, kebanyakan orang memanggil saya dengan panggilan manja - Siti. Sebagai salah seorang staf Pusat Rawatan Pakar Dr Mahmud (PRPDM) Klang, saya terpilih mewakili program pemulihan dadah antarabangsa yang lebih dikenali sebagai The Colombo Plan. Ini adalah pengalaman pertama saya menyertainya, walaupun program ini telah masuk kali yang keempat dianjurkan. Walaupun kurang pengalaman, saya rasa berbangga dapat menyertai program ini.

Seluruh negara dari rantau Asia Tenggara menghantar wakil bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dadah dan pemulihannya..mengikut situasi negara masing-masing. Kami juga dapat bertukar-tukar pendapat bagi menyelesaikan kemelut bahana dadah yang dihadapi dan berbincang bersama bagaimana cara-cara penyelesaiannya...Setiap negara ada cara mereka tersendiri bagi menangani masalah ini.

Sepanjang program dijalankan ramai hadirin diberi peluang mengenali antara satu dengan yang lain. Contohnya, saya bertemu dengan salah seorang wakil dari negara Indonesia yang dipanggil sebagai "Wak Gugup" dan beliau menceritakan di sana, terdapat ramai pengguna-pengguna dadah ini bermula daripada usia belasan tahun. Lebih menggemparkan lagi ada juga di kalangan mereka yang sudah bermula mengguna dadah seawal umur 7 tahun. Saya sangat terkejut bercampur sedih, kerana umur semuda itu sudah mendekati dadah.

Tidak kurang dari itu, negara Filipina juga ada menghantar wakilnya . "The Pinay Boy" nama gelaran , menceritakan bahawa dia sendiri masih di dalam pemulihan dan masalah najis dadah ini telah menghancurkan seluruh keturunannya dari atuk sehinggalah ke ayahnya sendiri adalah seorang penagih. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa keluarga memainkan peranan penting di dalam sokongan untuk pemulihan. Saya turut berbangga kerana terdapat dua atau tiga negara yang mana keluarga penagih itu sendiri hadir untuk berkongsi cerita. Mereka menceritakan pahit maung pengalaman berhadapan dengan masalah anak-anak mereka sewaktu aktif menagih dan sewaktu dalam pemulihan.

Perkara paling menyeronokkan apabila dapat bertemu dan bergambar dengan artis kegilaan ramai . Itulah pertama kali saya dapat bertemu muka dengan salah seorang artis glamour negara... dan dari apa yang saya amati,wajahnya kelihatan terserlah serinya sebagai seorang artis yang kacak dan berjaya dalam proses pemulihan. Terasa pula seperti heroin dalam filem Azura

Suasana sedih menyelubungi malam terakhir program yang diberi nama ' Count Down Dinner ' . Para hadirin menyampaikan salam terakhir sehingga ada yang menghamburkan air mata tanda sedih perpisahan. Tidak kurang juga ada yang bertukar-tukar business card. Ada rezeki akan berjumpa lagi pada tahun ini pada 18 - 20 Mac di Singapura....Adios Amigos.